AQIDAH TAUHID

SYIRIK, PEMBAHAGIANNYA SERTA PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SYIRIK DAN APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SYIRIK

Oleh Adnan Al-Yani

Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain di sisi, di samping atau bersama-sama Allah sama ada yang telah

- dilakukan dengan perbuatan anggota badan
- Diperkatakan dengan lisan lidah
- Difikirkan dengan akal fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jika ia melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.

Ini telah terbukti kepada orang yang telah dilahirkan di dalam keluarga yang berugama Islam, mereka tidak pernah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah kerana mereka tahu dengan penuh keyakinan, jika mereka melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna mereka telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata...

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan diri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri atau keberadaan makhluk lain sama ada yang telah dilakukan dengan cara

- diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang perkara-perkara yang menunjukkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan Jika seseorang itu sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah bermakna ia telah dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Dengan tahu dan boleh menghuraikan yang seseorang itu tidak boleh sama ada

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah dan jika telah sama ada

- diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan diri sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah bermakna ia sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Dengan tahu dan boleh menghuraikan sedemikian rupa sehingga akan menjadi satu keyakinan, akan menyebabkan seseorang itu terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan Jika seseorang itu sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain

Bermakna ia sedang melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Dengan tahu dan boleh menghuraikan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi sehingga menjadi satu keyakinan akan menyebabkan seseorang itu akan terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Kerana ia telah tahu dan yakin jika ia sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain bermakna ia telah melakukan perkara-perkara yang apabila ia lakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Dengan ini ia mesti berusaha supaya ia tidak akan sama ada

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain kerana telah timbul keyakinan kepada dirinya jika ia sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Keterangan tentang syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ini terdapat keterangannya di dalam firman Allah pada Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Di dalam firman di atas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhluk yang dipandang sebagai keberadaan makhluk tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya

Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI

Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhluk sifat-sifat ketuhanan itu

Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.

Di sini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri di samping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

KEBERADAAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU
SEDANG MERASAI ADA DIRI KITA SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA KEPADA KITA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN ATAU KEUPAYAAN DIRINYA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
KITA TAHU ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
APABILA KITA MERASA DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH, MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..

Sedang merasakan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri kita sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah

25.Surah Al-Furqān ayat 43

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DI SISI ATAU DI SAMPING ALLAH.

Hawa nafsu sendiri atau keupayaan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain di sisi atau di samping Allah

Ini adalah perbuatan sedang sekutukan diri sendiri dan makhluk-makhluk sebagai sekutu dengan Allah

Begitu juga jika kita memandang ada makhluk selain daripada ada Allah membawa makna kita sedang meletakkan sifat ketuhanan Allah kepada makhluk tersebut yang membawa erti kita sedang menjadikan makhluk tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyekutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik

Firman Allah

16.Surah An-Naĥl ayat 22

Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).

16.Surah An-Naĥl ayat 51

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk termasuk pada diri kita sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhluk tidak akan bersifat dengan sifat ketuhanan. Maksudnya makhluk tidak mempunyai sifat ketuhanan, sifat ketuhanan yang ada pada makhluk akan dirasakan sebagai sifat makhluk tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhluk tersebut.

Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhluk tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah

Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh di dalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah

Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri.

Perkara ini baru berada di dalam ilmu dan pengetahuannya, belum lagi berlaku di dalam perlakuannya kerana di dalam perlakuannya ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri.

Di sini timbul dua keadaan yang berbeza iaitu apa yang ada di dalam ilmu dan pengetahuannya ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya ialah sifat ketuhanan Allah

Dan yang kedua ialah apa yang sedang dilakukan pula ia sedang merasai segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya ialah sifat dirinya sendiri sebab ia masih lagi merasakan keberadaan dirinya sendiri

Apa yang sedang berlaku di dalam keadaan ini ialah sudah ada di dalam ilmu dan pengetahuannya bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya ialah sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah, tetapi ia masih lagi merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat kepunyaan dan milik dirinya yang sedang dirasakan keberadaan dirinya sendiri.

Apa yang akan berlaku jika ia sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain ialah akan timbul sangkaan yang sedang menyangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat dirinya sendiri itulah yang akan disangka sebagai sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah.

Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat Allah di ketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah

Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.

Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri di dalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.

INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK

Yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang iblis tidak boleh hasut dan yang akan sentiasa dipelihara oleh Allah

15.Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr ayat 42

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

17.Surah Al-'Isrā' ayat 65

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

38.Surah Şād ayat 82

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38.Surah Şād ayat 83

" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".

FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
31.Surah Luqmān ayat 22

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

39.Surah Az-Zumar ayat 2

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.

39.Surah Az-Zumar ayat 3

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DI ATAS IALAH IKHLAS SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA MEMBAWA MAKSUD KEPADA BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK..
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DI DALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DI DALAM HADIS
76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

5.Surah Al-Mā'idah ayat 105

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.

SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING

Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG

Firman Allah

43.Surah Az-Zukhruf ayat 86

Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).

43.Surah Az-Zukhruf ayat 87

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

43.Surah Az-Zukhruf ayat 88

Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"

43.Surah Az-Zukhruf ayat 89

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah jangan dilakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Jangan melakukan ritual penyembahan seperti menyembah patung-patung, menyembah matahari, menyembah bulan, menyembah api dan lain-lain lagi kerana perbuatan ini akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata

Jangan menyangka-nyangka kepada ada diri dengan cara tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan jangan ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan diri dan keberadaan makhluk-makhluk lain, kerana sangkaan kepada ada diri dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan diri dan keberadaan makhluk-makhluk lain

akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Jangan menyangka-nyangka kepada sangkaan ada Allah yang dilakukan dengan tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan tidak ada lagi yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain kerana sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Setelah tidak lagi melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Barulah seseorang itu melangkah ke hadapan dengan melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik.

Firman Allah

Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Kaum Nabi Musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..

Di dalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”

JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH.

Firman Allah

4.Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU”? Dan bagaimana hendak melaksanakan perintah tersebut...?

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung di dalam hadisnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri

Firman Allah yang Apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri ialah dengan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan secara tersembunyi di dalam hati yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada

Surah Al-'Isrā' ayat 110..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,
- Tongkatkan lidah mu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya

Lakukan sehingga berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan tentang bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..

Di sini ada tiga peringkat penyaksian dan pengakuan.

Jika seseorang itu melakukan perintah Allah

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan secara tersembunyi di dalam hati yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada

Surah Al-'Isrā' ayat 110..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,
- Tongkatkan lidah mu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya

Di dalam keadaan sedang dan masih melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, tidak akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah

Sebelum berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah tidak akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.

Oleh ADNAN AL-YANI