Firman Allah pada
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
115. Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
117. Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
118. Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);
119. "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
120. Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
121. Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.
Orang-orang yang melakukan sebarang syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi sebenarnya mereka sedang menyembah syaitan.
Oleh yang demikian setiap orang mesti berusaha supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Untuk membolehkan seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Terlebih dahulu setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Setelah tidak lagi melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
(12.Surah Yūsuf ayat 111)
Maka setiap orang mesti bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik. Ini boleh diambil iktibar dari pelajaran yang terkandung di dalam kisah Nabi Musa dengan kaumnya yang telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu yang terkandung kisahnya di dalam firman Allah pada
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
Mereka ini iaitu yang telah melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan ditempatkan di dalam syurga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti di dalam firmanNya pada
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Dan apakah jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk melaksanakan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Siapakah pendusta ... ?
Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
Cuba kita kembali kepada firman Allah
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALLAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DI DALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -
JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAH PUN BERADA DI DALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DI ATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
Untuk tidak menjadikan syaitan sebagai teman yang tidak renggang daripadanya, jangan memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Maksudnya jangan memperkatakan sesuatu yang belum dialami sendiri tentang sesuatu.
Untuk mengalami sendiri tentang sesuatu mesti dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
Contoh untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid, mestilah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang telah Allah terangkan dengan berbagai cara di dalam Al-Quran.
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Bukan menghurai dan menerangkan apa itu tauhid tetapi terangkan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Lakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga mengalami sendiri keadaan sedang berpegang dengan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang akan terhasil daripada melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang telah dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
Sebelum seseorang itu berpegang dengan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang terhasil daripada melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dengan maksud jalan dan cara yang dilakukan telah dilakukan mengikut dari firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang berkaitan,
Apa yang diperkatakan tentang pegangan atau iktiqad dan tauhid adalah sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan yang akan menyebabkan Allah akan adakan baginya Syaitan yang menghasut dan menyesatkannya, lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar (lurus), sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.