115. Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
117. Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
118. Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);
119. "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
120. Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
121. Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.
Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh sama ada
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan dirinya sendiri
Jika ia sama ada
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan dirinya sendiri
Ia telah melakukan perbuatan syirik yang tersembunyi.
Dari sini akan timbul kesedaran yang ia tidak boleh dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.
Setelah membaca akan firman Allah
"Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Surah Saba' ayat 27)
Seseorang itu perlu mengetahui bahawa ia tidak boleh sama ada
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah di ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri
Kerana apa yang akan berlaku jika ia sama ada
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah di ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri
Ialah akan timbul sangkaan yang ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan ada dirinya yang bersifat dengan sifat ketuhanan itu adalah keberadaan Allah
Sifat ketuhanan yang telah sama ada
- Yang difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Sebagai sifat ketuhanan Allah sebenarnya ialah sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat dirinya sendiri.
Setelah seseorang itu sama ada telah
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah di ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri
Ia merasakan yang ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya ia sedang melakukan syirik sebab dengan sama ada
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah di ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri
Ia telah dan sedang menyangka yang keberadaan dirinya yang bersifat dengan sifat ketuhanan itulah keberadaan Allah yang mempunyai sifat ketuhanan Allah.
Ini adalah merupakan "SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI" kerana syirik yang dilakukan telah dianggap sebagai mengesakan Allah.
Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan sendiri yang ia tidak boleh sama ada
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah di ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri
Dan jika ia sama ada
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah di ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri
Ia telah melakukan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.. iaitu sedang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah malah perbuatan sedang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah ini telah dianggap atau telah disangka sebagai perbuatan sedang mengesakan Allah.
Dari sini akan timbul kesedaran yang ia tidak boleh dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan ia sedang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah (syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi).
Apa yang Allah firmankan pada Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Adalah benar tetapi apa yang telah diperkata dan dilakukan sepertimana yang telah diterangkan tidak benar dan tidak berlaku sepertimana yang telah Allah firmankan tersebut...
Ini sedang berlaku sepertimana firman Allah pada Surah Al-Mu'minūn dari ayat 84 hingga 90
84. Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"
85. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"
Sudahkah seseorang itu melakukan cara yang apabila dilakukan cara tersebut akan mendatangkan ingat kepada Allah mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah?
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),
dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.
Di dalam firman ini Allah telah menerangkan dengan jelas dan nyata Sesungguhnya amal yang dilakukan untuk ingat kepada Allah sebelum daripada melaksanakan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah “INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” merupakan “SALAH JALAN IBADATNYA”
Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan sepertimana yang difirmankan oleh Allah
Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
86. Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"
87. Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"
Sudahkah seseorang itu melakukan cara untuk bertaqwa kepada Allah sepertimana yang telah Allah firmankan
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(4.Surah An-Nisā' Ayat 1)
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
(4.Surah An-Nisā' Ayat 2)
Allah berfirman memperjelaskan
"bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya"
88. Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"
89. Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"
Sudahkah seseorang itu melakukan cara yang Allah janji yang apabila dilakukan Allah akan pimpin mereka ke jalan yang lurus?
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Sebenarnya mereka sedang memohon sepertimana di dalam firman Allah pada
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Yang merupakan amal yang makbul
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
Kerana Allah janji akan pimpin orang yang telah melakukan perintahNya
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Dengan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat pada Surah Al-Muzammil ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Sehingga berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah. "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah, "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang mengenal Allah
Ke jalan yang lurus iaitu menjadi sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik
Dan Allah tidak pernah mengubah janjinya
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Salah satu daripada firman Allah yang telah memperjelaskan tentang satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan ialah
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu
Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
Mengikut dari keterangan dari Allah di dalam firman-firmanNya seperti di atas, Allah akan pimpin orang yang melakukan perintah
Ke jalan yang lurus iaitu Allah akan menjadikan seseorang yang melakukan perintah Allah
Sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik...
Untuk menjadi seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik atau untuk dipimpin oleh Allah ke jalan yang lurus setiap seorang mesti tahu, boleh menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
Dan bagaimana hendak melakukan perintah Allah
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
Firman Allah
(Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.
(Al-Muminun - 90)
Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
(6.Surah Al-'An`ām ayat 55)
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat kepada Allah maka dengan itu mereka nampak jalan yang benar
(7.Surah Al-'A`rāf ayat 201)
Dan berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?" Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar.
(13.Surah Ar-Ra`d ayat 7)
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
(13.Surah Ar-Ra`d ayat 33)