Seperti yang terkandung didalam SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 205
Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan secara tersembunyi didalam hati yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah
Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah ?
Apa yang tersurat didalam firman Allah pada SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Apa yang tersurat ialah menyebut nama tuhanmu (Allah, Ar-Rahman dan lain-Lain) dahulu, Kemudian baru Ditumpukan kepadaNya iaitu kepada Allah.
Jika dilakukan mengikut dari apa yang tersurat, tidak akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah.
Jadi apa yang perlu dilakukan ialah mengikut dari apa yang tersirat disebaliknya iaitu hendaklah melakukan tumpu dengan sebulat-bulat tumpuan dahulu daripada menyebut nama Allah.
Didalam firman Allah ini diarahkan supaya menumpukan kepada Allah. Dipermulaan untuk melakukan tidak akan boleh menumpukan kepada Allah lagi, jadi kepada apa yang hendak ditumpukan ?
Setiap seorang perlu menumpukan kepada sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri sendiri seperti sifat ( ada, melihat, mendengar, berkata-kata, berkuasa, berkemahuan @ berkehendak, mengetahui, hidup dan lain-lain lagi)
Berdasar kepada firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, hanya Allah yang memiliki segala sifat ketuhanan, selain daripada Allah tidak mempunyai sifat ketuhanan
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah membawa makna sedang mempertuhankan sesuatu selain daripada Allah)
Semasa menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri sendiri seseorang itu tidak boleh merasakan yang sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat badan diri sendiri dan juga tidak boleh menyangka yang sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat ketuhanan Allah.
Setelah tidak melakukan lagi perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan akan berlakunya syirik yang tersembunyi barulah seseorang itu boleh menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri.
Setelah tidak melakukan lagi perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan akan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi barulah seseorang itu boleh menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Inilah pentingnya seseorang itu perlu tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Setelah itu sebutlah nama Allah secara sederhana (jangan nyaringkan dan jangan perlahankan)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
(Surah Al-'Isrā' ayat 110..)
Setiap sebutan nama Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah sehingga bersatu menjadi satu, disinilah akan berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah.
Tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah akan bertukan menjadi "PENYAKSIAN"
Dan menyebut nama Allah akan menjadi "PENGAKUAN"
Begitu juga kaedah untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Semasa menyebut nama Allah dengan menggunakan lisan lidahnya, pergerakkan lidahnya yang membunyikan nama Allah yang disebut secara lisan.
Tetapi untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati, seseorang itu perlu memejamkan matanya, tongkan ladahnya kelangit-langit.
Dengan ini lidahnya tidak lagi boleh bergerak semasa ia menyebut nama Allah tetapi akan ada anggota lain yang dipanggil sebagai "KUNCI NYAWA" yang akan bergerak menggantikan pergerakkan lidahnya menandakan ia sedang menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati.
Kaedah nya sama sepertimana menyebut nama Allah secara lisan cumanya cara untuk menyebut nama Allah sahaja yang berbeza.